Kuala Lumpur: Titipan doa usahawan, Datin Noor Kartini, 59, buat anaknya juga pelakon dan pengacara, Noor Neelofa, 36, sempena hari jadi wanita berkaliber itu menarik perhatian ramai di media sosial.

Menerusi beberapa hantaran foto dimuatnaik di akaun Instagram (IG) dan ‘IG Story’ miliknya, didapati Noor Kartini berkongsi luahan hati juga kebanggaan sebagai ibu terhadap kejayaan anaknya itu.

“Wahai anakku Neelofa, tiada kata-kata seindah yang mama nak tuturkan dengan hanya puji syukur kepada Allah SWT. Anak-anakku syurga ku, anak-anakku harta ku, anak-anak ku nyawa ku. 

“Anak-anak ku adalah segala-galanya untuk ku. Terima kasih Allah dengan rezeki kurniaan Mu kepadaku dengan anak-anak yang MasyaAllah hebat luar biasa Alhamdulillah syukur ya Allah,” tulisnya.

Dalam bingkisan itu, Noor Kartini turut berkongsi kebahagiaannya apabila anak-anak sentiasa ada disisi bersama-sama dengan hubungan kasih sayang erat dalam keluarga mereka.

“Terima kasih anak-anakku kerana sentiasa ada bersama mama dan sentiasa bahagiakan mama, bersatu hati dan erat hubungan adalah impian setiap ibubapa.

“Setiap hari Allah jadikan kenyataan atas doa-doa keramat seorang ibu.. mama doakan segala pengorbanan waktu muda Love (panggilan Neelofa).. kerja keras Love,” katanya. 

Noor Kartini juga memaklumkan berlaku perubahan besar dalam kehidupannya bermula dari rezeki yang Allah kurniakan menerusi Neelofa yang dianggap ganjaran sudah diaturkan Yang Esa buat anaknya itu.

“Mama doakan Love jadi pendakwah tersohor di seluruh pelusuk dunia dan Bilal menjadi hafiz Quran, Aamin. Love you anakku. Happy birthday,” luahnya pada hantaran ditulis itu.

Noor Kartini juga difahamkan gemar berkongsi kata-kata positif dan pemangkin semangat buat anak-anaknya yang dimuatnaik di media sosial sebagai tanda sokongan.

Terdahulu, Neelofa meraikan hari jadinya yang ke-36 pada 10 Februari lalu dan rata-rata netizen mendoakan kebaikan buatnya dan menganggap dia bertuah kerana masih mendapat doa daripada seorang ibu.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *