Kuala Lumpur : Baru lima minggu ‘perhitungan’ Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) di TV3, program realiti popular yang dibawa semula penyiarannya selepas 15 tahun ini ternyata mencetus fenomena tersendiri.

CSOIAM kini menjadi program realiti kegemaran ramai di Malaysia dengan beberapa rekod dipegang sekali gus berjaya memukau penonton dengan persembahan luar biasa peserta dan artis jemputan.

Tidak hanya itu, pembabitan juri profesional berkaliber seperti Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan disifatkan sebahagian penyumbang kejayaan program realiti ini.

CSOIAM juga mendominasi carta ‘trending’ di platform X selama lima minggu berturut-turut, sekali gus membuktikan ia berjaya menarik ramai penonton.

Justeru, secara tidak langsung menunjukkan juga bahawa CSOIAM bukan saja menarik minat penonton yang menyaksikannya di rumah, namun pada masa sama platform media sosial turut ‘dikuasai’.

Sepanjang lima minggu bersiaran ini, jumlah jangkauan digital didominasi CSOIAM sebanyak 10.6 bilion iaitu merangkumi interaksi merentasi platform TV3Malaysia dan CalpisSodaOIAM mencetuskan perbualan di seluruh negara.

Lantas menandakan CSOIAM adalah program realiti yang memiliki pengaruh besar ketika ini dan angka dicatatkan itu sama sekali menggambarkan tarikannya bukan biasa-biasa, tetapi mencetus fenomena.

Capaian memberangsangkan program CSOIAM dengan jutaan individu mengikuti perkembangan dan membincangkannya sepanjang minggu turut mencerminkan kesungguhan peminat dalam memberi sokongan penuh.

Kebanyakan hantaran video sorotan mingguan yang dikongsikan di Instagram dan TikTok juga tular apabila dimuatnaik sekali gus membuka ruang perbincangan hebat wargamaya di akaun media sosial masing-masing.

Menyorot laporan terkini dikeluarkan AC Nielsen, data menunjukkan CSOIAM mencapai jumlah keseluruhan tontonan luar biasa sepanjang lima minggu iaitu sebanyak 8.5 juta capaian penonton dan 18.88 juta jumlah jangkauan unik penonton termasuk penstriman di Tonton.

Menerusi lima minggu pencapaian luar biasa ini, CSOIAM yang dibarisi enam peserta iaitu Zazzleen, Eylia Guntabid, Kai Deva, Mariam, Marygrace dan Jimi dilihat terus sedia melangkah kukuh ke fasa minggu baharu.

Dijangkakan banyak persembahan hebat dan kejutan selepas ini, pasti teruskan menonton CSOIAM secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9 malam atau strim secara HD di Tonton. Termasuk perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3.

Bagi persaingan minggu keenam Ahad ini, CSOIAM mengetengahkan tema ‘Saling Menyengat, Fizz Sangat’, di mana peserta akan berduet dengan penyanyi terkenal seperti Marsha Milan, Shiha Zikir, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Aisha Retno dan Amir Masdi.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *