MINGGU pertama Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang berlangsung di Studio TV3, Glenmarie, Shah Alam kelmarin menggegarkan dunia hiburan dan mencuri perhatian dengan aura luar biasa.

Hashtag #OIAM terus melonjak ke trending nombor satu di platform X dengan lebih 700 juta capaian di media sosial menjadikan CSOIAM bukan sekadar rancangan realiti tersohor, tetapi satu fenomena yang menyatukan peminat muzik tanah air.-AD-

Persembahan memukau, penuh tenaga dengan kemunculan bekas juara OIAM musim terdahulu, kemunculan ikon legenda KRU serta aksi hebat 20 peserta luar biasa menjadikan malam pembukaan sebuah peristiwa epik yang melangkaui jangkaan.

CSOIAM turut mengungguli potensi dan jumlah capaian, membuktikan kemampuannya menarik perhatian penonton yang lebih luas di pelbagai platform.

Dominasi ini mencerminkan pengaruhnya sebagai jenama yang mampu mencipta keterujaan dan daya tarikan yang besar.

Namun, anggaran tontonan yang lebih tinggi turut menunjukkan bahawa penonton bukan saja lebih aktif berinteraksi, menjadikan setiap pengalaman lebih bermakna dan memberi impak.

CSOIAM terus membuktikan bahawa ia adalah pertandingan paling hebat dan dinantikan di Malaysia. Dengan gabungan bakat generasi baharu dan sokongan luar biasa daripada peminat, program ini mengukuhkan kedudukannya sebagai program berprestij untuk mengakhiri tahun ini.

KEMUNCULAN ikon legenda KRU.
KEMUNCULAN ikon legenda KRU.

Episod pertama CSOIAM mencatat permulaan yang penuh kejutan apabila daripada senarai 20 terpilih, hanya 14 peserta terbaik berjaya mara ke minggu kedua, manakala enam lagi yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal.

Dalam persaingan yang sengit, setiap peserta tampil habis-habisan, menonjolkan vokal yang mantap dan penghayatan yang cemerlang demi membuktikan mereka layak digel

ar ‘satu dalam sejuta’.

Namun, impian terpaksa berakhir lebih awal buat Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther dan Jill Gaisah yang terpaksa akur dengan keputusan minggu ini.

Minggu pertama menyaksikan kuasa mutlak barisan juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan dengan penilaian 70 peratus berdasarkan persembahan pentas secara langsung dan 30 peratus dari saringan awal.

Proses penyingkiran dilaksanakan secara berperingkat dalam kumpulan kecil di selingan persembahan lagu, menambah elemen dramatik kepada pertandingan. Namun, dalam pusingan penentuan ini, detik di luar jangkaan berlaku apabila Rezza Shah diberikan imuniti pada saat akhir, menjadikan dia peserta ke-14 yang mara.

ZIANA antara juri tetap CSOIAM.
ZIANA antara juri tetap CSOIAM.

Pada malam episod pertama, Zazleen mencuri perhatian dengan persembahan bertenaga lagu I’m Outta Love, manakala gelaran Peserta Paling ‘FIZZ’ menjadi milik Kai Deva yang bakal berduet bersama Datuk Nash pada minggu depan.

Menurut Cakra Khan, ton suara Kai Deva sempurna dan berada di tempat yang tepat!

CSOIAM yang hoskan Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy ditayangkan secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di TV3.

Ia mempertaruhkan hadiah lumayan berupa wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun kepada juara bertuah.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *