Pelakon dan selebriti terkenal, Abby Abadi tampil memberi teguran kepada netizen yang tidak habis-habis mencaci anaknya, Marissa Dania.

Dalam luahan yang dibuat di Instagram Story itu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan menyertakan gambar menunjukkan Marissa sedang memperagakan tudung sebuah jenama popular.

“Masih ada yang kutuk, caci maki anak saya” – Abby Abadi

abby abadi

Menurut Abby, kritikan yang ditulis netizen seolah-olah menggambarkan anaknya telah mengganggu kehidupan mereka.

Sana sini masih ada yang kutuk dan caci maki anak saya. Cara komen tu konon paling tersakiti.

Beliau turut menasihati netizen agar menjaga adab dan mengingati Allah SWT sebelum memberikan komen negatif.

“Ingat Allah banyak-banyak, jangan biar hati membusuk”

marissa dan aslam

Adik, kakak dan makcik-makcik, ingat Allah banyak-banyak okay. Jangan biar hati itu membusuk, dengki dengan rezeki orang.Sampai buat apa pun semua tak kena. Tak suka abaikan jelah wahai wanita-wanita syurga. Abaikan okay.

Terdahulu, anak Abby dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania mencetuskan kontroversi selepas mengambil keputusan berkahwin di Thailand.

Difahamkan, perkahwinan dengan suami orang itu dibuat tanpa pengetahuan ahli keluarga. Walaupun ada sedikit ketegangan dan bantahan, hubungan Marissa dan suaminya, Aslam kelihatan baik-baik sahaja.

#OhmediaNasihat

Kisah ini mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga lidah (atau jari) daripada menyakiti orang lain. Berhati-hatilah sebelum menulis sesuatu, kerana kata-kata mampu meninggalkan kesan mendalam kepada orang lain. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memilih untuk menyokong dan tidak menjatuhkan.

Source :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *