Kuala Lumpur: Pelakon, Tya Ariffin berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan anak ketiga pada jam 11.11 malam tadi.
Tya berkata, bayi perempuan yang diberi nama Aghnia Amira Jiwa itu dilahirkan secara normal.
“Alhamdulillah anak ketiga kami lahir dengan selamat secara normal.
“Aghnia Amira Jiwa, dengan berat 3.6 kilogram lahir pada hari Jumaat jam 11.11 malam,” katanya.
Apa yang menarik, Tya dan suaminya, Asyraf Khalid memilih untuk berkongsi wajah puteri ketiganya itu kepada peminat di media sosial.
Berita gembira itu turut menarik perhatian ramai selebriti tempatan yang meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen.
Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015.
Pasangan ini sudah memiliki dua anak iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.