Kuala Lumpur: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menerima teguran dengan berlapang dada berhubung isu penggunaan video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) terhadap wajah Allahyarham suaminya, Johan Nawawi pada Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey, Rabu lalu.-Nora yang menerima teguran daripada seorang pendakwah bebas berkata, dia dan pasukannya akan lebih berhati-hati terbadap isu yang dibangkitkan.
“Saya ambil maklum teguran pihak tertentu berkaitan penggunaan video AI.
“Insya-Allah saya dan pasukan akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Terima kasih atas teguran itu,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, pendakwah bebas, PU Syed menegur Nora kerana perbuatan menghidupkan gambar tanpa tujuan baik dianggap tidak bertepatan dengan hukum syarak.