Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa sedih apabila bekal makanan yang dibawa untuk dijamah ketika bercuti di Jepun telah dirampas oleh pihak imigresen baru-baru ini.

Zarina berkata dia gigih menyediakan makanan dan lauk dari Malaysia kerana bimbang akan harga makanan yang agak mahal di negara matahari terbit itu.

zarina zainuddin

Saya punyalah gigih masak gulai Ayam Kampung, masak rendang daging dan ayam, daging blackpepper, gulai lemak daging salai dan ayam salted egg.

Semua kena tahan selepas di declare, saya ingat lepas sebab semua saya simpan dalam satu kotak.

Yang lepas sotong salted egg dan kuah kari serta pulut kuning. Ingat nak jimat perbelanjaan sudahnya sedih.

Nak bawa anak-anak berjalan tempat macam ini semua mahal.

Perkara ini telah dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Pelakon itu turut memberitahu dia memilih untuk bercuti ke luar negara kerana sudah beberapa kali gagal menunaikan janji dengan anak-anak.

Namun percutiannya kali ini dia tidak membawa Azil dan suaminya iaitu Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar kerana bimbang tidak mampu mengawal anak sulungnya yang menghidap autisme.

Kali ni perjalanan saya bercuti tanpa Azil dan abahnya. Dekat Jepun ni undang-undang lain macam tak boleh bising, tak boleh cakap kuat. Macam mana nak bawa Azil?

Rindu pula pada Azil dan abahnya, nanti kita pergi Langkawi hujung bulan ini Insha-Allah.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *