Pelawak, Shuib bersedia memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang perbicaraan bagi enam pertuduhan kerana gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta.
Memetik dari Mstar, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata dia meletakkan harapan tinggi agar kes berkenaan berjalan dengan lancar dan dapat diselesaikan dengan cara baik.
Saya harap perbicaraan ini semuanya okey sahaja, malah hubungan kami dengan pihak Kastam pun baik. Isha-Allah kita akan cuba selesaikan dengan baik.
Saya tiada sebarang masalah, saya akan beri kerjasama penuh dan ikut proses perundangan ini.
Adatlah kalau berniaga, kadang-kadang tersangkut kes begini cuma saya harap tahun 2025 akan jadi tahun terbaik untuk saya.
Meskipun baru tiba di Malaysia selepas bercuti di Tokyo, Jepun, Shuib berkata dia tetap menghadiri perbicaraan berkenaan dan meluahkan rasa lega urusan itu dipermudahkan.
Bila saya naik mahkamah sebelum ini dan dapat tahu sebutan pada 18 Disember ini, agak terkejar-kejar tapi sempat tiba di mahkamah.
Walaupun baru saja sampai Malaysia pada pukul 6.50 pagi tadi tapi saya syukur semuanya dipermudahkan.
Pada 14 November lalu, Shuib dan pengarah syarikat Bubblebee Sdn. Bhd iaitu Kho Choon Guan mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta pada tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan RM1,191,153.78 dan penalti RM454,000 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan RM1,191,153.78 dan penalti RM454,000 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.