Seorang selebriti lelaki dilaporkan telah ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya bersama dua paket plastik mengandungi dadah jenis ganja.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman di mana sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Jenayah IPD telah membuat serbuan ke atas kediaman selebriti tersebut pada jam 3.10 petang semalam.

Selebriti itu yang berumur dalam lingkungan 41 tahun itu kemudian ditahan bersama dua paket plastik mengandungi leraian disyaki dadah jenis ganja dengan berat keseluruhan 60.3g gram.

Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis THC.

Siasatan lanjut juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Source :