Terkini! Cyberjaya digemparkan dengan penahanan seorang selebriti lelaki terkenal berusia 41 tahun yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dalam laporan Harian Metro berkata, suspek ditahan di sebuah rumah teres pada jam 3.10 petang hasil serbuan Bahagian Siasatan dan Jenayah IPD Sepang.

Polis jumpa dua paket lutsinar berisi leraian daun

selebriti

Dalam serbuan tersebut, polis menemui dua paket lutsinar berisi leraian daun disyaki ganja seberat 60.3 gram. Hasil ujian air kencing juga mengesahkan suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Selebriti ditahan tiada rekod jenayah lampau

selebriti ganja
Sekadar gambar hiasan

Norhizam turut memaklumkan bahawa suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Bagaimanapun, kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, hukuman berat menanti, termasuk penjara seumur hidup atau minimum lima tahun, bersama sekurang-kurangnya 10 sebatan.

Source :