Baru-baru ini, penyanyi dan bekas peserta program realiti, Ina Naim telah menjadi perhatian ramai sekali lagi selepas tular satu video memaparkan dirinya menjawab pertanyaan netizen mengenai pekerja suami, Mohd Khairul Rizal.

Dapat dilihat dalam klip tersebut, Ina menjawab soalan orang ramai sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok selepas ramai yang menyangka suaminya tidak bekerja kerana sering menemaminya ketika live.

@quranenuur

Replying to @Cik Lia Siapa suka tanya suami kak ina tak kerja ke tu wajib tengok video ni sampai habis😌 #fyp #enuurhq #alquranenuur #inanaim #alquranterjemahan

♬ original sound – ENUUR.HQ

Suami sekarang ni, dia engineering consultant, jadi dia tak perlu tiap hari pergi ke pejabat. Zaman sekarang ni dah moden, sedangkan masa zaman COVID pun orang boleh buat kerja dalam rumah apatah lagi masa sekarang.

Hal yang menjadi perbualan ramai apabila ada yang berkata cara penyampaian wanita tersebut dianggap kasar dan merasakan sikap Ina berubah selepas berkahwin baru.

Jangan tanya suami saya kerja apa. Suami saya kerja dia dengan Allah, dah senang cerita. Nampak macam tak kerja tapi dia sebenarnya kerja.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *