Sekali lagi, nama pempengaruh asal Malaysia yang kini menetap di Korea, Kim Seri menjadi sebutan netizen selepas seorang individu mendedahkan tentang pengalamannya berurusan dengan wanita tersebut yang mempunyai bisnes agensi pelancongan.

Menerusi media sosial, mangsa yang dikenali sebagai Siti Nur Hiqmah telah membuat hantaran dan berkata dia telah membayar untuk syarikat pelancongan dikendalikan Kim Seri untuk bercuti di Korea.

Difahamkan, Siti menempah pakej bersama Kim Seri untuk melancong bersama rakan-rakan pejabat termasuklah majikannya.

Katanya, pada mulanya pakej itu datang sekali dengan tiket penerbangan Air Asia namun majikannya menambah bajet RM300 untuk setiap individu agar mereka dapat naik taraf ke Malaysia Airlines.

Bos saya dah buat bayaran penuh lebih RM110,000 kepada dia (Kim Seri) pada Oktober, berharap dia boleh sediakan pengesahan tempahan kepada kami lebih awal.

review booking dengan Kim Seri

Deal dari Oktober, masih tak dapat tiket flight

Bagaimanapun, ketika hantaran itu dibuat dua hari lepas, mereka masih belum mendapat maklum balas daripada Kim Seri tentang tiket penerbangan mereka yang dijadualkan berlepas pada Isnin, 9 Disember.

Malah, Kim Seri telah menghantar mesek dan akui bahawa dia tiada duit untuk membeli tiket penerbangan tersebut.

Lawak kan? Update IG, TIKTOK, delete comments bad review, block org sana sini, kau mampu pulak. Banyak pulak masa kau. Dari bulan 10 kami call, whatsapp, DM apa semua. Kau tak layan pun. Bila dah tinggal lagi sehari nak fly, cakap seat MAS tak cukup.

Siti juga turut menunjukkan tangkap layar mesej Kim Seri yang menyalahkan mereka pula kerana memaksanya untuk tetap meneruskan percutian tersebut menyebabkan hotel juga bertukar.

review booking dengan Kim Seri
review booking dengan Kim Seri
Kim Seri

Hari nak terbang baru dapat tiket return

Semalam, Siti memaklumkan bahawa pihak Kim Seri akhirnya membeli tiket penerbangan selepas diugut untuk laporkan hal tersebut kepada pihak polis namun ia hanyalah tiket penerbangan ke Korea sahaja.

Tapi ticket return tak ada lagi ye gais. So boss pun cakap, get ready je lah utk kena tahan dkt imigration incheon airport nanti kalau ticket return tak ada.

Beberapa orang daripada kumpulan itu mendapat tiket penerbangan pulang beberapa jam sebelum berlepas dan menerusi hantaran terbaru, Siti memaklumkan mereka sudah selamat sampai di Korea meskipun berbagai ‘pergaduhan’ berlaku di antara mereka dan Kim Seri.

Lepas immigration less than 30minutes. Return flight ticket pun dah dapat! Hopefully trip ni lebih indah daripada yang dijangka!

review booking dengan Kim Seri
review booking dengan Kim Seri

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *