Rumah milik pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menyerahkan writ dan penilaian barangan di kediaman tersebut pada pagi ini.
Memetik dari Kosmo, wakil peguam MARA berkata pihaknya telah menyerahkan writ terbabit hari ini ekoran tiada maklum balas serta kerjasama daripada pihak selebriti itu sebelum ini.
Ini kali kedua pihak kami datang, kali pertama pada bulan lepas (November), hari ini pihak Mara datang untuk menilai jumlah barangan yang disita.
Sebelum ini kami tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah ini, kemudian kami dapat perintah mahkamah dan berjaya untuk masuk dan menyita barangan.
Mengikut penilaian, jumlah nilaian barang yang ada di kediaman ini tidak sampai RM100,000 pun.
Peguam itu turut berkata pihak MARA akan terus melakukan pengambilan barangan pada petang ini juga dan akan melakukan lelongan barangan yang disita dalam masa yang terdekat.
Buat masa ni nilai barangan masih tidak mencukupi, Mara akan lakukan lelongan dalam tempoh terdekat, mungkin dalam tempoh dua minggu.
Pihak kami akan tunggu perintah mahkamah, jika ada rundingan. Kebanyakkan barang yang disita hari ini adalah barangan rumah sahaja.
Terdahulu, rumah pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan dilaporkan telah diserbu pihak Majlis Amanah Raya (MARA) kerana dilaporkan tidak membayar hutang pinjaman dari agensi itu yang berjumlah hampir RM1 juta