Kuala Lumpur: Anggota The Gadys, Ayunie Rizal tanpa berselindung memaklumkan cabaran bergelar penyanyi sebenarnya lebih hebat berbanding lakonan.

Ayunie, 26, yang terlebih dulu bergelar pelakon sebelum menyertai The Gadys berkata, kecaman diterima sebagai penyanyi amat hebat sehingga dia menitiskan air mata.

“Dunia lakonan berbeza dengan nyanyian. Menyanyi lagi teruk berdepan kecaman. Dengan The Gadys saya ada Aznie dan Thamiera sebagai tulang belakang.

“Kami tahu macam mana nak lawan kecaman, nak abaikan atau bagaimana. Aznie lebih ‘cool’ hadap kecaman.

“Saya lebih kepada ‘sweet girl’ tapi hati tisu juga. Dalam kalangan mereka sayalah yang paling tak boleh baca komen kerana mudah menangis. Tapi selepas menangis itu, saya akan okey,” katanya.

Ayunie yang kini tampil dengan drama Berbagi Suami berkata, dia akan cuba memperbaiki emosinya selepas ini supaya lebih kuat.

“Saya memang perlukan The Gadys dan keluarga agar sentiasa ada di belakang saya. Sejujurnya saya cakap adanya mak dan abah akan buat saya jadi kuat.

“Itu yang saya sedar masa lepas tular kena kecam dulu. Saya perlukan ibubapa untuk mengadu, meluahkan dan mereka pasti akan beri kata-kata semangat.

“Aznie berusia 24 tahun, manakala Thamiera pula 21 tahun. Saya dan Aznie hubungi atau jumpa dia sekiranya ada isu seperti yang viral dulu. Dia dari Sabah tapi saudara maranya ada juga di sini dan dia tinggal dengan mereka,” katanya.

Sebelum The Gadys teruk dikecam berikutan kegagalan menyanyikan lagu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia, Cinta Sampai Mati dan Gadis dan Bunga ketika Anugerah KNKV Viral 2024, Mac lalu.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *