Seorang individu dipercayai anak tiri kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin mencuri perhatian ramai selepas memuat naik hantaran di platform X.

Pemilik akaun @missrushdi, yang dikenali sebagai Aya, menafikan dakwaan kononnya dia menggelar penyanyi itu dengan kata-kata tidak baik.

Individu dipercayai anak tiri nafi dakwaan Nora Ariffin

Dalam hantaran tersebut, Aya menegaskan bahawa dia tidak pernah memanggil Nora dengan gelaran sedemikian dan mempersoalkan bila serta di mana perkara itu berlaku.

Menurut Aya, penyanyi tersebut didakwa telah beberapa kali cuba memburukkan keluarganya. Namun, keluarga mereka memilih untuk berdiam diri selama ini.

Anak tiri nora ariffin

Lebih mengejutkan, Aya mendakwa mempunyai bukti kukuh termasuk mesej suara, tangkap layar, dan perbualan yang disimpan rapi.

Aya juga memberi amaran bahawa dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan bukti rakaman suara yang didakwa mengandungi maki hamun itu kepada pihak media jika perlu.

Anak tiri nora ariffin
Anak tiri nora ariffin

Meninjau ke Instagram, penyanyi Nora Ariffin ada memuat naik foto membuat pertemuan dengan seorang peguam. Namun, butiran lanjut mengenai pertemuan itu tidak diperincikan.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *