Pelakon popular, Lisa Surihani tampil memberi kata-kata semangat buat rakan seperjuangannya, Zahnita Wilson yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Tolong jangan minta maaf kerana terpaksa gunakan media sosial sebagai medium.

Menurut HibGlam, Lisa atau nama lengkapnya Lisa Surihani Mohamed berkata Zahnita melakukan perkara yang betul sebagai seorang isteri dan kesnya sudah mula disiasat oleh pihak berkuasa.

Saya sangat bersyukur apabila anda berjaya keluar dari rumah. Dan anda melakukan perkara yang tepat dengan melaporkan kejadian ini kepada polis.

Semoga Allah melindungi anda dan hilangkan segala trauma yang dialami.

Rakan selebriti yang lain turut meninggalkan komen di hantaran yang telah dimuat naik oleh Zahnita yang memaparkan kesan lebam pada matanya.

komen ig zahnita
komen ig zahnitakomen ig zahnita
Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *