Seorang pelajar Tingkatan Lima, Ahmad Khidir Ahmad Nazri, kini menjadi bualan ramai selepas dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Terbaik di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang.

Apa yang membuatkan nama pelajar ini disebut-sebut, apabila ada bebepa buah universiti mula ‘memerhati’ kejayaannya!

Ahmad Khidir dapat berita gembira…

Menurut Ahmad Khidir, dia hanya mengetahui mengenai pihak universiti yang mahukan dirinya menyambung pelajaran di tempat mereka melalui seorang guru.

Saya terkejut apabila Cikgu Sejarah maklumkan ada wakil universiti yang mahukan butiran lanjut mengenai saya. Namun, setakat ini mereka belum menghubungi saya atau keluarga.- Katanya.

Walaupun teruja, Khidir menegaskan fokus utamanya sekarang adalah menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal bermula pada Disember ini.

Tapi pihak universiti berkenaan belum menghubungi saya mahupun keluarga. Ikutkan saya memang berhasrat sambung pengajian ke peringkat universiti dalam bidang sumber manusia dan kalau boleh nak ke Universiti Malaya (UM) atau Universiti Utara Malaysia (UUM)

Saya nak keputusan terbaik kerana persiapan sudah dilakukan sejak Tingkatan Tiga lagi.- Tambahnya.

Lima anugerah dalam satu malam!

Kisahnya mula tular selepas kakaknya, Fatimah Azzahra, memuat naik pencapaiannya di TikTok. Selain Tokoh Pelajar Terbaik, Khidir turut meraih empat lagi anugerah, termasuk Anugerah Timbalan Ketua Pengawas dan Anugerah Terbaik Mata Pelajaran. Kejayaannya ini mengukuhkan lagi imej pelajar Melayu di sekolah tersebut.

Source :