Kuala Lumpur : Penyanyi Indonesia, Mahalini Raharja masih lagi dirawat di hospital di Jakarta selepas keletihan sehingga rebah, kelmarin.

Dalam hantaran terbaru di Instagram Story, Mahalini mengulang muat naik (repost) gambar yang dimuat naik penyanyi lagu Tak Ingin Usai, Keisya Levronka.

Terdahulu, suami Mahalini yang juga penyanyi, Rizky Febian memuat naik video ucapan doa untuk kesejahteraan isterinya.

“Cepat sembuh isteriku. Kelmarin benar-benar panik dan tak sampai hati melihat Lini keletihan sampai rebah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Terima kasih banyak buat semua yang sudah mendoakan Lini,” tulisnya di Instagram.

Sejak beberapa hari lalu, nama pasangan heboh di media sosial selepas tersebarnya berita mengenai pernikahan mereka yang tidak sah.

Mahkamah Syariah Jakarta memutuskan pernikahan Rizky dan Mahalini tidak memenuhi piawaian undang-undang dan agama, mengakibatkan pasangan itu perlu mengulangi akad nikah mereka.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *