Konflik antara pelawak terkenal, Shuib dan pempengaruh CEO Helmie nampaknya semakin tegang apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan di media sosial.
Terbaru! Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad tampil menerusi siaran langsung di TikTok mendedahkan yang dirinya sudah dapat beberapa maklumat peribadi mengenai Helmie.
CEO Helmie ini, saya sudah ada alamat dan nombor telefonnya.
CEO Helmie cari pasal dengan Shuib, fitnah tentang Bubblebee?
@sayasukamilktea Dia cari pasal dgn suib pula keee gais? Tolong info info #ceohelmi #shuibsepahtu #ceritaselebriti #artisviral ♬ original sound – sayasukamilktea
Konflik ini tercetus apabila Helmie mendakwa syarikat minuman Bubblebee yang diasaskan oleh Shuib bukan milik Bumiputera.
Kenyataan tersebut jelas menimbulkan rasa tidak puas hati Shuib, yang menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa dia bukanlah mangsa keadaan atau ‘kambing hitam’ seperti yang didakwa.
CEO Helmi tetap muat naik video petik nama Shuib
Meskipun Shuib telah memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran fitnah mengenai hal itu, CEO Helmie dilihat masih aktif memuat naik video yang menyentuh nama Shuib.
Saya tahu tempat terkini dia duduk dekat mana. Jadi saya harap CEO Helmie boleh tidur nyenyak. InsyaAllah, jangan risau..
#OhmediaNasihat
Perselisihan faham seperti ini sering kali menjadi tontonan umum, tetapi penting untuk kita bijak menangani konflik secara matang. Fitnah bukan hanya boleh merosakkan nama baik seseorang, tetapi juga memanjangkan permusuhan.
Jika ada perselisihan, cuba selesaikan secara peribadi dan elakkan membawa isu ke media sosial. Ingat, menjaga maruah dan hubungan baik lebih berharga.