Kehilangan sebuah supercar jenis Ferrari di Hulu Kelang baru-baru ini membawa kepada penahanan enam individu termasuk anak kepada seorang penyanyi terkenal.
Menurut laporan Kosmo, insiden ini mencetuskan tanda tanya selepas pemilik Ferrari yang seorang ahli perniagaan berusia 50-an membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Anak Penyanyi Popular Ditahan Kes Curi Ferrari
Oleh
Megat AzriPada 27/11/2024
Kehilangan sebuah supercar jenis Ferrari di Hulu Kelang baru-baru ini membawa kepada penahanan enam individu termasuk anak kepada seorang penyanyi terkenal.
Menurut laporan Kosmo, insiden ini mencetuskan tanda tanya selepas pemilik Ferrari yang seorang ahli perniagaan berusia 50-an membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.IKLANhttps://2fff872fbf909e22ee6c1ff898e18c9e.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html
Kerugian dianggarkan sekitar RM300,000 dan perkara itu dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Kereta itu dibawa lari oleh bekas pemandu yang mendakwa tidak dibayar gaji, namun siasatan masih dijalankan.
Ferrari ditemui dengan nombor pendaftaran palsu
Siasatan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya berjaya membawa kepada penahanan empat lelaki tempatan berusia 23 hingga 33 tahun pada 17 November lalu.
Tiga hari kemudian, seorang lelaki berusia 38 tahun turut ditahan.
Ferrari berkenaan ditemui di tempat letak kereta sebuah kediaman di Taman Tunku dengan nombor pendaftaran telah ditukar kepada yang palsu.
Bukan tu jer, seorang wanita dalam lingkungan usia 40-an juga ditahan bagi membantu siasatan.
Pelbagai Barangan Dirampas
Polis turut merampas beberapa barang termasuk lapan telefon bimbit, kunci Ferrari dan Kia, beg silang, pasport, serta tali lanyard bersambung pisau berhulu. Selain itu, beberapa kenderaan lain turut disita da antaranya ialah Naza Suria dan BMW X5.
Kita sedang giat mengesan rakan penjenayah yang masih bebas.
Tiga suspek dikatakan telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala dua lagi direman sehingga esok dan seorang lagi sehingga 3 Disember. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.