Kuala Lumpur: Penyanyi Stacy Anam, 34, bakal menunaikan impiannya mengadakan konsert solo sulung di tempat kelahirannya dan teristimewa buat peminat di Sabah.

Stacy berkata konsert itu bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) namun tidak memberitahu lanjut maklumat acara itu.

“Saya akan mengadakan konsert solo di SICC. Jadi saya berharap semua dapat datang sokong untuk konsert yang terulung daripada saya.

“Saya sangat berbesar hati sebab dapat mulakan di tempat kelahiran saya sendiri iaitu di Sabah. Doa-doakan supaya dipermudahkan urusan kami nanti,” katanya.

Pengumuman itu dibuatnya ketika menjayakan persembahan pentas di sebuah acara yang berlangsung di SICC, Kota Kinabalu.

Untuk rekod, Stacy belum pernah mengadakan konsert mega sendiri di Sabah.

Kali terakhir dia beraksi untuk konsert solo adalah pada 25 Februari tahun lalu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), di sini.

Baru-baru ini, Stacy mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk tarik diri daripada konsert Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku.

Susulan itu, ramai netizen menyifatkan keputusannya tepat kerana di selayaknya perlu beraksi menerusi konsert solo sendiri berikut profil seninya yang kukuh.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *