Artis serba boleh, Elly Mazlein tetap dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan kembali sebagai pengacara program Gegar Vaganza 11 (GV11)  yang bakal disiarkan pada 24 November ini.

Menurut Berita Harian, pelakon itu berkata dia tidaklah merajuk namun dia akur dengan kenyataan Astro yang mengganggap pengacara GV sedia ada iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai tiada tandingan.

Betul saya pernah dipujuk, tapi biarlah saya beri ruang kepada tunjang asal tiada tandingan seperti yang pernah dinyatakan pihak pengurusan tertinggi sebelum ini.

Biarlah mereka menjadi ‘DNA’ kekal program berkenaan. Walaupun saya pernah mengacarakan program ini untuk musim kesembilan dan mendapat sambutan baik serta mengendalikan separuh jalan sebelum menarik diri untuk musim kesepuluh, namun saya rasa biarlah saya buat program lain.

Dia mengulas dakwaan dipujuk oleh produksi untuk kembali mengendalikan program tersebut namun ditolak.

Elly turut mengulas bahawa keputusan yang dibuat itu tiada kaitan dengan berasa hati ekoran kontroversi yang pernah berlaku antara dia dan pengacara asal.

Kalau merajuk seperti bersifat keanak-anakan. Saya lebih kepada berfikiran matang di mana saya memilih untuk membiarkan pasangan sebenar GV bekerja dengan lebih selesa.

Pelakon itu menyimpulkan bahawa dia sedar ada peminat yang kecewa namun dia berharap peminatnya dapat menerima keputusan itu dengan berlapang dada.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *