Pelakon Ruhainies mencuri tumpuan warga maya apabila dia kini dalam misi berselawat 1,000 kali sehari selama 40 hari.
Maklum Ruhainies menerusi media sosialnya, dia kini sudah menyelesaikan 18 hari daripada 40 hari seperti yang dirancang sebelum ini.
Dalam hantaran itu, Ruhainies juga mengajak orang ramai terutamanya golongan wanita untuk sama-sama melakukan amalan mulia itu.
Saya dalam misi selawat 1,000 sehari selama 40 hari. Hari ini baru hari ke-18. Jom buat sama-sama. Kita perempuan kalau ‘cuti’ pun boleh selawat.
Malah, Ruhainies juga ada berkongsi mengenai obsesnya terhadap tasbih digital berwarna hitam kepunyaannya.
Saya obses sangat dengan tasbih digital custom made ini, cantikkan?
Nanti Anis custom untuk 10 orang yang bertuah kalau betul-betul nak. Tapi kena janji dulu hari-hari pakai. Boleh?
Dia juga ingin menghadiahkan 10 peminat bertuah tasbih digital itu sebagai tanda ingatan.