Kuala Lumpur: Pelakon sensasi, Fattah Amin meluahkan rasa rindu terhadap puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya apabila terpaksa hidup berjauhan selepas perceraian dengan Nur Fazura.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Fattah berkongsi semula video pendek mengenai Fatima sedang bermain sambil menggayakan busana masyarakat India beserta muzik latar yang dipetik dari runut bunyi filem, Kabhi Khushi Khabi Gham.

“Saya memikirkan Fatima setiap hari. Dan malam terasa sangat sukar kerana Fatima tiada disisi. Buat anakku, saya sangat merinduimu,” tulisnya.

Kali terakhir Fattah berkongsi momen bersama Fatima adalah pada 21 Oktober lalu iaitu ketika pelakon itu meluangkan masa bersama keluarganya.

Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.

Hasil perkongsian hidup selama 7 tahun, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *