Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) yang berlangsung baru-baru ini berjaya mencipta momen ikonik buat industri perfileman dan penyiaran negara. Malam kemuncaknya berlangsung meriah dan dihadiri ramai ikon ternama.

Kejayaan manis paling dirasai produksi drama Bahalol yang membolot kategori utama pada acara berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.

Selain dinobatkan Anugerah Drama TV Terbaik, Karya terbitan Azrai Fahmi yang ditayangkan TV Okey itu turut bawa pulang kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi Sobri Anuar dan Pelakon Wanita Drama TV Terbaik dimenangi Liza Othman.

Sobri mencipta kejutan apabila menumpaskan nama-nama besar dalam kategori itu seperti Datuk Rosyam Nor, Fattah Amin, Nasir Bilal Khan dan Iman Zulkarnain. Malah, dia sendiri tidak menyangka namanya diumumkan pemenang.

Semestinya pencapaian itu cukup bermakna kerana Sobri percaya naskhah berkenaan memang sangat hebat. Berkisar autisme, dia sendiri bekerja-keras demi menghidupkan watak sebagai Bilal dalam drama arahan Que Haidar itu.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Que yang memilih saya untuk watak ini. Watak ini asalnya milik dia. Apabila dia bercerita mengenainya, saya pun akur untuk menjayakannya.

“Rezeki saya. Terdapat sembilan draf skrip dibuat untuk naskhah itu. Kami melalui proses pra produksi yang sangat panjang. Cabarannya sebab ia cerita watak autisme yang berusia 40-an.

“Awalnya saya kaji anak-anak pelakon Zarina Zainuddin dulu. Tapi saya rasa sudah ramai cuba tiru mereka. Akhirnya saya jumpa seorang lelaki berbangsa Cina berusia 40-an di YouTube sebagai rujukan,” katanya.

Lebih bermakna buat industri hiburan semestinya momen pengarah legenda, Othman Hafsham dianugerahkan Tokoh Seri Angkasa. Sekali lagi anak seni diangkat cukup tinggi dalam penganjuran kali ini selepas Datuk Fauziah Ahmad Nawi pada edisi terdahulu.

Walaupun kini berkerusi roda, Othman teruja hadir ke acara itu dengan membawa beberapa ahli keluarganya bagi meraihkan pengiktirafan besar berkenaan.

“Terperanjat bila saya diumumkan dan diberi penghormatan ini. Saya sebenarnya tidak menyangka dipilih juri untuk pengiktiran yang agak besar ini. Saya memang khusus hadir untuk menerimanya,” katanya.

Malam itu turut menyaksikan kecemerlangan Rangkaian Televisyen Media Prima apabila berjaya memenangi 17 trofi daripada 60 kategori yang dipertandingkan.

Ia termasuk Anugerah Dokumentari TV Terbaik yang dimenangi Taste of Memory (Musim 2) arahan Chong Boon Yee siaran 8TV dan program ikonik seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Majalah 3 terus diiktiraf atas kualiti serta impaknya.

Pengacara TV Terbaik menerusi Fiza Sabjahan untuk program Eksklusif Bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo, dan Ahmad Fedtri Yahya pula memenangi kategori Pengulas TV Terbaik.

MPB turut unggul apabila memenangi kategori Media Baharu melalui drama DOH di Tonton yang memenangi trofi Drama Terbaik, manakala Siti Mimah pula dianugerahkan sebagai Podcast Terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan Primeworks Studios, Nini Yusof menyifatkan kejayaan itu adalah usaha kolektif semua pihak.

Menurutnya, pencapaian itu bukan saja menjadi pendorong, tetapi juga satu penghormatan membawa inspirasi baharu untuk kami meneroka lebih banyak medium dan genre.

“Kejayaan ini amat bermakna buat kami semua. Ia bukan saja cerminan komitmen dan hasil usaha seluruh tenaga kerja di MPB yang bekerja keras, berganding bahu dan bergabung tenaga untuk menyediakan kandungan berkualiti tinggi, menghiburkan dan mendidik penonton.

“Tetapi juga titik-tolak kepada perjuangan kami dalam terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri penyiaran. Kami akan terus melangkah ke hadapan, menghasilkan program yang memberi impak positif kepada masyarakat dan mendukung nilai bermanfaat untuk semua.

“ASA 2024 adalah bukti karya kami disambut baik dan dihargai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam menjayakan setiap program, terutama penonton setia, penerbit yang berinspirasi dan rakan industri yang memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi.

“Kami akan terus meraikan setiap kemenangan dengan memperkaya pengalaman penonton dan memastikan Rangkaian Televisyen Media Prima terus berdiri megah di persada penyiaran,” katanya.

Setiap pemenang dalam kategori ASA 2024 menerima trofi, sijil dan hadiah wang tunai RM5,000.

Dihoskan Sharizan Borhan dan Nana Mahazan, ASA 2024 dimeriahkan dengan persembahan daripada Ziana Zain, Liza Aziz, Zamani, Aina Abdul, Ernie Zakri, Amir Masdi, Aisha Retno dan Roxy Ixzy.

Acara bertemakan Kilauan Prestij, Citra Kegemilangan berprestij ini turut dihadiri tetamu kehormat iaitu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *