Pelakon Trisha Ooi, 25, sanggup warnakan rambutnya kepada coklat perang dan akui perubahan itu sangat berani pernah dibuatnya demi hidupkan watak lakonannya.

Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi berkata, dia menyahut tuntutan pengarah Eyra Rahman untuk menjayakan watak Sharifah Zabrina dalam drama Senyawa.

“Penampilan watak saya dalam drama ini 100 peratus adalah idea pengarah. Saya sendiri sebelum ini tidak pernah berlakon mewarnakan rambut. Saya hanya berlakon dengan warna rambut asli iaitu hitam.

“Jika sebelum ini ada yang mengetahui saya rambut panjang kerana itu adalah diri saya. Tetapi, untuk mengubah daripada

Trisha ke Sharifah Zabrina, saya percaya memerlukan banyak usaha yang kita perlu terapkan dalam diri,” katanya.

Trisha rasa dirinya terus berubah ketika menjayakan karakter itu kerana bukan sekadar rambut, bahkan penampilannya juga berbeza dengan diri sebenar.

“Pengarah membuat keputusan untuk saya mewarnakan rambut. Pakaian juga ditentukannya. Eyra akan menentukan gaya dan pakaian yang saya perlu sepanjang penggambaran demi watak.

“Saya percaya dengan penampilan ini dapat menghidupkan karakter. Sebelum pelakon itu yakin dengan watak, pengarah terlebih dahulu melihat (menggambarkan) bagaimana perwatakan watak,” katanya.

Selain Trisha, Senyawa turut dibintangi Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Datin Nina Juren, Liang Chia, Aleza Shadan dan Heryanto Hassan.

Drama berkisar isu ibu tumpang itu ditayangkan di aplikasi penstriman iQiYi bermula Jumaat ini.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *