Baru-baru ini, pelakon jelita, Nora Danish mendedahkan di dalam satu podcast bahawa dia tertarik dengan bekas suami disebabkan perwatakannya dan sekaligus menepis dakwaan yang mengata dia merupakan wanita materialistik.
Tak pandang harta bekas suami
Menurut Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, dia sama sekali tidak memandang harta kedua-dua bekas suami, sebaliknya perwatakan mereka membuatkannya mahu mendirikan rumah tangga bersama.
Bila tengok perjalanan hidup saya nampak macam memang betul saya memilih status. Tetapi, kalau tengok sebelum saya kahwin, teman lelaki saya semua orang biasa. Cuma kerana perwatakan mereka (bekas suami) yang buat saya tertarik.
Tegasnya lagi, kedua-dua bekas suami yang mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga dan dia tidak pernah mempunyai kriteria tertentu, sebaliknya jodoh datang sendiri.
Ibu ajar dari kecil jangan minta duit orang
Dalam pada masa yang, pelakon drama Puteri itu tidak pernah mengharapkan harta bekas suami sepanjang mereka berkahwin.
Kedua-dua bekas suami saya pun boleh setuju yang saya satu sen pun tak pernah minta duit mereka. Dari kecil ibu saya ajar saya untuk jangan minta duit orang.
Sekadar info, Nora Danish pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamad Neqayl, tetapi berpisah pada Jun 2024. Sebelum itu, Nora berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada tahun 2006.