Pelakon, Azlan Komeng terlibat dalam satu kemalangan ngeri bersama isterinya, Nur Nilam pada Jumaat lepas di Kuala Lipis, Pahang.

Menurut laporan mStar, pelakon lelaki itu dikatakan terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian tangan kanannya untuk mencantumkan semula kulit yang telah terkoyak di Hospital Kuala Lipis, Pahang.

Kulit tangan suami terkoyak, jadi doktor terpaksa membuang 50 peratus bahagian kulit dan tisu untuk mencantumkan semula saraf dan urat Azlan.

Alhamdulillah pembedahan berjaya dilakukan semalam (Sabtu) dan keadaannya sekarang stabil.

Bukan tu jer, kedua-dua belah kaki dan pinggul Azlan juga dikatakan patah dan pelakon lelaki itu akan dipindahkan ke Hospital Batu Pahat, Johor untuk menjalani pembedahan pinggulnya itu.

Nilam juga berkata yang dirinya bersyukur kerana suaminya terselamat dan tidak melupakan pengorbanannya yang bergadai nyawa, sanggup mengeluarkannya dari kenderaan.

Saya bersyukur keadaan dia semakin stabil, saya datang jumpa dia lepas pembedahan semalam dan Alhamdulillah suami sudah boleh berbual.

Terpancar kasih sayang dia terhadap saya, sampai terkoyak tangan semata-mata cuba lindung badan saya yang kecil daripada dilanggar.

Dalam keadaan tangannya berdarah dia mengensot menjerit meminta bantuan tarik saya keluar daripada kereta.

Semoga Azlan dan Nilam cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.