Raja Ema memenangi trofi bagi kategori Aktres Pembantu Filem Popular pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Auditorium MBSA, Shah Alam. FOTO TEAM ABPBH
Shah Alam: Selepas 36 tahun memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Popular, pelakon Raja Ema sekali lagi diumumkan sebagai pemenang pada ABPBH Ke-36 malam ini.
Pada edisi kali ini, Raja Ema memenangi kategori Aktres Pembantu Filem Popular sekali gus menewaskan empat calon lain iaitu Daiyan Trisha, Harissa Adlyn, Nadia Brian dan Wanna Ali.
Raja Ema dalam ucapannya tidak menyangka apabila namanya diumumkam sebagai pemenang.
“”Syukur Alhamdulillah. Macam mana nama saya boleh ‘terselit’ (sebagai pemenang). Saya tak sangka dengan kemenangan ini.
“Apapun terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang mendoakan saya. Tidak dilupakan peminat yang mengundi saya,” katanya.
Sementara itu, menerusi kategori Aktor Pembantu Filem Popular dimenangi Alif Hadi.
Alif berjaya menewaskan saingan lain iaitu Eman Manan, Hafiz Nafiah, Hisyam Hamid dan Ropie.