FAZURA hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari. FOTO Rohanis Shukri

Shah Alam: Pelakon, Nur Fazura, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk prosiding kedua penceraian pagi ini turut diiringi lima pengawal peribadi. 

Fazura, 41, ketika ditanya mengenai hantaran Instagram Story yang dimuat naik pagi tadi berkata, ia tidak ada sebarang maksud. 

“Tak ada (apa-apa maksud). ‘Quotes’ biasa saja,” katanya. 

Ditanya mengenai prosiding pagi ini, Fazura berdoa agar semuanya dipermudahkan. 

“Insya-Allah, semoga dipermudahkan. Alhamdulillah Fatima sihat,” katanya. 

Selain diiringi pengawal peribadi, Fazura yang berbusana warna peach dan membawa tas tangan mewah turut ditemani peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan. 

Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes perceraian susulan menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.

Ketika prosiding kes pertama pada 25 September lalu, Fattah atau nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, enggan menceraikan Fazura atas alasan masih lagi menyayangi isterinya, manakala Fazura nekad mahu berpisah.

Source :