Siasatan kes orang hilang iaitu Sabari Baharom dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) selepas mangsa disyaki dibunuh.

Memetik laporan Buletin TV3, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan dua orang suspek berusia 26 dan 38 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan telah ditahan.

.

sabari

Siasatan kes orang hilang iaitu Sabari Baharom dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) selepas mangsa disyaki dibunuh.

Memetik laporan Buletin TV3, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan dua orang suspek berusia 26 dan 38 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan telah ditahan. IKLAN https://c135604f00cb7d9365e096814eb49b6c.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html

Hasil soal siasat, suspek mengaku mencampak mangsa ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Namun, mangsa masih gagal ditemui dan usaha pencarian masih dilakukan. Pihak polis menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menghormati keluarga mangsa.

Terdahulu, anak mangsa menghebahkan mengenai kehilangan bapa mereka sejak 4 September lalu. Proton Waja milik mangsa kemudian ditemui terbakar kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik.

Pada ketika itu, anak mangsa percaya bapa masih hidup berikutan terdapat pemindahan wang dilakukan ke akaun individu yang tidak dikenali.

Source :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *