Shah Alam: Seramai lima pengawal peribadi ‘melindungi’ pelakon, Nur Fazura yang tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi ini bagi sebutan kes permohonan perceraian yang difailkan Fazura, dua minggu lalu.
Fazura yang tiba di mahkamah kira-kira jam 9.28 pagi dengan mengenakan jubah berwarna putih turut ditemani pengurus peribadinya, Iman Tang dan peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan.
Fazura ketika ditemui dilihat tenang dan tersenyum sebaik ditanya mengenai keadaan dirinya.
“Alhamdulillah saya tenang. Kita masuk dalam (dewan bicara) dulu,” katanya ringkas.
Ditanya mengenai keadaan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, Fazura berkata, dia berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah dia sihat,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Fattah Amin pula tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi dengan mengenakan sut bewarna hitam.
Kira-kira 30 pengamal media daripada pelbagai agensi hadir bagi membuat liputan.

Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di sebuah laman sembang hingga menarik perhatian netizen.
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai itu, namun, ia mengejutkan ramai pihak dan sehingga kini isu yang berlaku diantara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia empat tahun.