Kuala Lumpur: Siri Jelajah Suria Kuasa 2 berlangsung dengan jayanya di Angsana Mall, Johor Bahru pada Sabtu dan Ahad lalu.

Seramai 6,000 pengunjung hadir memberi sokongan serta menyaksikan pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Antara menarik perhatian adalah pertandingan KiraOke Suria dan konsert persembahan artis popular seperti Ameng Spring, Nabila Razali, Black Hanifah, Aina Abdul, Amir Masdi & The Band.

Pertandingan KiraOke Suria dimenangi peserta wanita, Masturah Azhar yang membawa pulang hadiah wang tunia RM3,000 manakala kedua milik Ahmed Daniel dan ketiga oleh Mohd Khairul Shahfawi dengan masing-masing menerima RM1,500 dan RM1,000.

Peserta pertandingan karaoke menunjukkan semangat luar biasa dan saingan dari segi nyanyian juga amat sengit.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, berkata pihaknya terharu dan sangat menghargai sambutan diberikan oleh orang ramai.

“Maklum balas yang kami terima mengenai pertandingan KiraOke Suria ini amatlah luar biasa.

“Saya dimaklumkan, ada peserta yang sanggup datang dari Kelantan dan Terengganu semata-mata untuk menyertai pertandingan ini.

“Selain itu, latar belakang peserta juga berbeza profesyen, ada yang bekerja sebagai polis, jurutera malah pelajar pun ada menyertai.

“Mereka berusaha bersungguh-sungguh bukan saja dari segi nyanyian, penampilan juga bukan calang-calang. Mereka melaram sehabis baik terutama pada peringkat akhir, kami sangat terharu dengan semangat mereka dan sangat berterima kasih,” katanya.

Pemenang pertandingan KiraOke Suria bersama hadiah masing-masing
Pemenang pertandingan KiraOke Suria bersama hadiah masing-masing

Tambah DJ Lin, pendengar juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan barisan penyampai Suria ketika siri jelajah berlangsung.

“Sudah lama Suria FM tidak mengadakan acara di Angsana Mall kerana beberapa siri jelajah sebelum ini kami adakan di suatu lokasi yang lain. “Kembalinya kami ke sini, syukur Alhamdulillah, orang ramai memberikan sokongan yang menggalakkan. Saya difahamkan, ramai pengunjung yang datang daripada pagi hingga ke malam. Pada masa sama, ramai juga yang datang pada kedua-dua hari.

“Jelajah Suria Kuasa 2 di sini adalah satu penganjuran yang berjaya kerana pengunjung bukan saja datang dari Johor Bahru, ada juga yang datang dari Singapura dan Brunei untuk sama-sama memberi sokongan dan memeriahkan suasana,” katanya.

Sementara itu, Jelajah Suria Kuasa 2 bakal gegarkan Aeon Mall Nilai, Negeri Sembilan pada 28 dan 29 September ini dengan menampilkan barisan artis popular tanah air antaranya Danial Kifli, Aisha Retno, Baby Shima, Ruffedge, Ezad Lazim, Masdo dan ramai lagi.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *