Kuala Lumpur: Nasib rumah tangga pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin dilaporkan bakal terjawab di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, esok.

Keputusan esok bakal memberi jawapan terhadap hubungan yang pernah dianggap sebagai simbol kebahagiaan oleh jutaan peminat apabila menyaksikan hampir tujuh tahun pasangan ini membina mahligai rumah tangga.

Adakah mereka akan terus memperjuangkan cinta yang pernah terbit atau menjadi penutup kepada bab cinta mereka, semuanya dikhabarkan akan terjawab esok.

Keputusan untuk berpisah bukan saja akan mengubah hidup Fazura dan Fattah, tetapi turut meninggalkan kesan mendalam terhadap peminat dan industri hiburan Malaysia.

Pada 13 September lalu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dikatakan hadir ke mahkamah sama bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.

Bagaimanapun, Fattah memaklumkan dia terkejut apabila menerima berita isterinya itu memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkannnya itu.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *