Baru-baru ini, seorang pelakon lelaki sedang meningkat naik menganggap anugerah bukanlah pengukur kejayaan dalam kariernya.
Dia melihat pencapaian kariernya bukan pada trofi, tetapi apabila nama berada di hati peminat. Namun, pelakon ini menyimpan impian untuk menggenggam trofi Oscar.
Baginya, anugerah Oscar adalah anugerah yang paling ‘legit’. Fuh! Bukan biasa-biasa!
Kita kena sedar ruang kita, kita kena sedar diri kita siapa. Dekat mana tanah kita pijak, dekat mana langit kita junjung. Itu kena datang dulu lah pada saya.
Jelas Beto lagi, boleh je seorang pelakon berimpian untuk mengejar trofi di luar negara tetapi dia harus membuktikan kebolehan diri sendiri.
Nak kejar luar boleh, make sure kau up for the challenge. Kau persiapkan diri kau dengan baik, bagus-bagus.
Katanya lagi, rakyat Malaysia semestinya tumpang berbangga dengan pencapaian pelakon tempatan yang berjaya menerpa nama di luar negara.
Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen termasuk rakan artis mengenai isu yang diperkatakan.
Menurut netizen, tidak mudah untuk memenangi Oscar jika hanya berlakon drama ‘geli-geli’ jam 7 petang.

Malah, Tan Sri Michelle Yeoh yang menang kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 juga mengambil masa bertahun-tahun untuk sampai ke tahap itu.