Kuala Lumpur: Hantaran video ucapan hari lahir oleh anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, yang dimuatnaik pelakon Fattah Amin, 34, di akaun Instagram (IG) miliknya semalam, dihujani pelbagai ucapan pilu daripada netizen yang meninggalkan komen.

Ditambah, kapsyen ringkas ditulis Fattah pada perkongsian dibuat jelas menunjukkan dia amat menghargai tindakan anak dan isterinya, Nur Fazura, 41, yang tetap mengingati hari lahirnya pada 14 September lalu.

“Thank you (terima kasih) Fatima dan mommy @fattzuralovelife,”‘ tulisnya dengan disertakan emoji hati berwarna biru.Tidak hanya itu, Fattah juga meninggalkan tanda pagar, #doayangbaikbaik buat tatapan netizen dan pengikut akaun IG miliknya itu.

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen berkongsi kesedihan mereka di atas kemelut rumah tangga yang tiba-tiba berlaku terhadap pasangan selebriti popular dan sensasi terbabit.

“Happy birthday bos. Semoga semua urusan dipermudahkan. Amin,” tulis seorang wargamaya.

“Tengok kek itu pun sedih, tinggal berdua saja,” kata seorang pengguna media sosial.

“Semoga Allah lindungi mahligai kalian berdua, amin. Demi Fatima kembalilah bersatu,” komen warganet.

“Jangan cerai ehhh. Kami netizen tak izinkan Fattah dengan Fazura bercerai!!!,” ujar netizen.

Pada Jumaat lalu, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

Isu keretakan rumah tangga pasangan ini mula hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka didakwa tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka pada hantaran di akaun masing-masing.

Malah, Fattah dan Fazura juga sudah tidak memuatnaik foto bersama-sama walaupun sebelum ini pernah menafikan dakwaan hubungan rumah tangga mereka yang bermasalah.

Pasangan Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017. Hasil perkongsian hidup tujuh tahun itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *