KUALA LUMPUR: Pelakon Raysha Rizrose berkongsi berita gembira dirinya berbadan dua melalui hantaran berbentuk video di Instagram (IG), hari ini.
Melalui video berdurasi 31 saat itu, Raysha memuat naik rakaman bersama suami, Nabil Jeffri, 31, menikmati keindahan pantai pada waktu senja sebelum menunjukkan bahagian perutnya yang semakin membesar, ke arah lelaki yang dicintainya itu.
Nabil yang juga pelumba kereta Formula 2 (F2), tampak sangat gembira lalu mengucup dahi Raysha sambil mengusap perut.
Rasya atau nama sebenar, Farza Naquraisha Mohd Fariz, 28, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci termasuk usia kandungannya itu.
Sebaliknya, pelakon drama rantaian Ryan Aralyn itu hanya memaparkan keterangan ringkas mengenai tempoh perkenalan hingga mereka berkahwin.
“Kami selepas 11 tahun kemudian,” tulis adik kepada pelakon Uqasha Seinrose dan Nelydia Seinrose itu.
Raysha dan Nabil selamat diijabkabul pada 22 Februari tahun lalu selepas 10 tahun menyulam cinta.