Anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar sebelum ini dilaporkan telah sah bercerai talak satu dengan suaminya, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Ira yang hadir berjubah hitam kelihatan tenang ketika menuju keluar dari pintu mahkamah utama setelah selesai kes cerai tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi.

Tidak bercakap banyak, Ira hanya memohon maaf dan senyum ketika diajukan soalan oleh pihak media.

Ira dirakam meminta maaf kepada rakan media ketika berkali-kali ditanyakan soalan berkenan kes perceraian itu selain mengucapkan rasa syukur kerana segalanya sudah selesai.

Minta maaf, minta maaf..tidak, minta maaf..

Terdahulu, Syamsul dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Ira pada 16 Ogos lalu.

Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *