Riena Diana dan Keith Foo yang kini sedang hangat bercinta akui sudah bersedia malah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, Riena berkata perkara itu bukanlah dalam masa yang terdekat kerana mereka enggan terburu-buru untuk ke alam perkahwinan.
Kami tidak terburu-buru. Kami percaya pada proses dan ketentuan.
Aktres berusia 27 tahun itu juga berkata mereka berdua kini sedang sibuk dengan jadual kerja dan mahu memberi fokus pada kerjaya masing-masing dahulu.
Kami dah bersedia untuk apa-apa kemungkinan cuma sekarang kami mahu memberikan fokus kepada benda-benda lain terlebih dahulu, benda yang saya rasa saya nak explore dan buat.
Sementara itu, Keith Foo pula memohon orang ramai dan peminat mendoakan yang terbaik buat hubungannya bersama Riena.
Bukan dah tahu (tarikh), maksudnya kita dah ada perancangan tetapi tak tahu lagi bila. Tapi sudah tentu kita ambil langkah satu persatu.