Semalam, selebriti Zarina Anjoulie atau mesra disapa sebagai Anju meluahkan rasa gembira kerana proses pembedahan hidung baru berjalan dengan lancar dan ia turut dikongsikan di laman Instagramnya.
Bagaimanapun, terdapat sesetengah netizen yang berasa kurang senang dengan hantaran tersebut dan merasakan Anju mengubah ciptaan Allah SWT dengan sengaja.
Tampil memberi kenyataan, pelakon itu memohon maaf kepada pihak yang tidak selesa dengan hantaran itu dan katanya, dia tidak ada sebarang niat untuk membuka aib sendiri.
Ini semua ditaja sepenuhnya dan dia bayar saya untuk datang dan beri token. Tolong faham ini punca rezeki saya walaupun tak banyak, duit ini juga saya nak bawa balik bayar yuran sekolah anak dan beli barang runcit dan bayar yuran mengaji dia.
Tampil memberi kenyataan, pelakon itu memohon maaf kepada pihak yang tidak selesa dengan hantaran itu dan katanya, dia tidak ada sebarang niat untuk membuka aib sendiri.
Dalam pada masa yang sama, Anju juga meluahkan rasa gembira kerana ada segelintir pihak yang prihatin terhadap dirinya dan berani memberi teguran.