Los Angeles: Persoalan siapa bakal mewarisi kekayaan Raja Pop, Michael Jackson yang meninggal dunia pada 2009 masih menjadi teka-teki sehingga kini.

Meskipun secara logiknya hak itu akan jatuh kepada keluarganya, namun tidak semestinya akan berlaku dalam urusan pembahagian harta.

Menerusi wasiatnya yang dihantar pada 2002, mendiang berhajat salurkan hartanya dalam Michael Jackson Family Trust. Manakala 20 peratus daripadanya pula mahu didermakan kepada badan amal.

Selebihnya akan jatuh kepada ibunya Katherine Jackson dan tiga anaknya

Bapanya Joe Jackson serta adik-beradiknya yang lain tidak disebut dalam wasiat itu.

Bagaimanapun tiga anaknya iaitu Prince, 27, Paris, 26, dan Bigi, 22, sehingga sekarang ‘keempunan’ mendapat bahagian mereka.l

Prince, Paris, Bigi
Prince, Paris, Bigi

Tambahan, kes pertikaian cukai antara penyanyi Thriller itu bersama lembaga Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) yang belum selesai turut menjadi punca anak-anaknya tidak mendapat sebarang wang darinya.

Mujur, badan yang dilantik mendiang uruskan asetnya menjaga mereka dan memberi elaun berterusan sebagaimana diamanahkan Michael.

Pada Mac lalu, Bigi turut dilaporkan memfailkan tindakan undang-undang kepada neneknya, Katherine.

Dia mahu menyekatnya daripada gunakan wang Michael itu bayaran guaman.

Terdahulu, bapanya Joe pernah menuntut sejumlah pendapatannya namun ditolak pada 2009.

Jumlah kasar terkini kekayaan dimiliki Michael adalah sekitar RM8.6 bilion.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *