Hantaran di Instagram story dibuat oleh Shuib dan rakan pelawak, Mamat Sepah mengundang perhatian ramai.
Terdahulu, Shuib meletakkan tag nama Mamat dan channel Youtube terbarunya, Dol’s Podcast menerusi Instagram story.
Video tersebut menunjukkan seorang lelaki melontarkan dialog,
Emang apa sih gak boleh? Sombong amat”
Nampaknya, bukan hanya Shuib tetapi Mamat juga ada memuat naik Instagram story yang memaparkan gambar kartun dengan tulisan Maharaja Lawak Mega berlatar belakang lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian Olan.
Lagu itu mengisahkan mengenai seorang individu yang ‘hilang’ dari sisinya bila sudah mencapai kejayaan.
Waktu susah kau cari aku, waktu senang engkau tinggalkan aku. Begitulah sikapmu tak tahu kenang budi.

Source :