Kuala Lumpur: Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim kesal dengan sikap sombong segelintir pempengaruh terhadap artis senior.

Menerusi hantaran terbaru di Facebook, Sheila yang juga pengurus kepada Lan berkata, dia menyaksikan sendiri bagaimana golongan itu melayan individu yang lebih berusia dan berpengalaman dalam sebuah acara hiburan, baru-baru ini.

“Malas nak tulis sebenarnya, tapi sebab geram, kita tulislah sikit. Ceritanya baru-baru ini Lan ada persembahan dan dalam persembahan yang sama, ada ramai artis-artis otai (senior). Ada juga ‘budak baru nak up’ (BBNU) dan pempengaruh.

“Cerita bermula bila semua selebriti berada di belakang pentas menunggu giliran persembahan. Maka berkumpullah semuanya. Terkejut sangat bila semua pempengaruh tak nak ada bersama disebabkan panas dan belum sampai giliran.

“Kemudian mereka boleh lalu-lalang depan artis-artis yang dah lama duduk di belakang pentas tanpa menyapa seorang pun, malah terus pegang nota kecil lantas naik pentas dan apabila turun terus bergerak.

“Kalau pun kau tak kenal artis-artis lama ni, sekadar salam menyantuni pun takkan tak boleh? Kau masuk tempat orang, kan? Salam je semua yang ada situ,” tulisnya.

Menurut Sheila, membuatkan dia lebih ‘panas hati’ adalah kejadian itu turut berlaku ketika mereka sekali lagi bertembung di lapangan terbang.

“Tak habis kisah belakang pentas, waktu nak balik kami bersama mereka satu penerbangan dan berada di ruang sama untuk menanti pesawat. Boleh mereka tak angkat muka?

“Aku pula naik kasihan bila abang-abang veteran ini yang meluru bersalam dengan mereka. Ini kalau aku tulis nama, kalian mesti tak percaya, tapi itulah hakikatnya.

“Tidak mengapa adik. Seronoklah dalam industri ini selagi kalian rasa kalian terpaling segala.

“Kalian memang hebat. Semoga kalian terus bertapak segar sentiasa dalam lapangan ini. Kepada pengurus artis, rasanya kalian lagi lama dalam industri ini. Jadi dah patut buat apa yang perlu,” tulisnya.

Di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata menzahirkan rasa simpati atas kejadian yang berlaku terhadap artis senior.

Warganet dan rakan-rakan industri juga turut meninggalkan komen dan bersetuju terdapat perbezaan antara pempengaruh baharu dan artis yang sudah lama bertapak dalam industri.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *