KUALA LUMPUR: Bukan sahaja peminat di Malaysia, malah ada antaranya dari Jepun, Thailand, Singapura dan Brunei sudah membeli tiket untuk menyaksikan Konsert Loudness World Tour 2024 – Greatest Ever Heavy Metal Live In Malaysia di Zepp Kuala Lumpur pada 14 September depan.

Pengurus Rockstage Entertainment, Talib Othman berkata, sokongan terhadap Konsert Loudness World Tour 2024 sangat di luar jangkaan.

“Segala persiapan rapi sedang dibuat dalam menjayakan konsert ini.

“Kedatangan Loudness mungkin kali terakhir sebelum bersara atas faktor usia, tidak lama lagi.

“Apa yang dapat dikatakan, semestinya sistem bunyi dan lampu serba canggih meninggalkan kesan yang akan dikenang peminat Loudness.

“Loudness dijangka menyampaikan 20 lagu. Sebahagian lagu saya yang pilih sendiri,” katanya.

Band legenda heavy metal Jepun itu dianggotai Minoru Niihara selaku penyanyi, Akira Takasaki (gitar), Masayoshi Yamashita (bes) dan Masayuki Suzuki (dram).

Ditubuhkan di Osaka, Jepun pada 1980 itu mempunyai kelompok peminat di Malaysia termasuk generasi baharu.

Band yang mencetuskan revolusi ‘rock timur’ ini pernah beberapa kali mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Pada 2011, Loudness menghiburkan peminat di KL Live, diikuti Festival Sound Valley di MAEPS, Serdang (2017) dan terakhir, The Bee, Publika (2019).

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *