Hawaii iktiraf Hari Ronny Chieng setiap 27 Julai

Kuala Lumpur: Pelawak Malaysia, Ronny Chieng, 38, diberi penghormatan memiliki hari rasminya sendiri iaitu Hari Ronny Chieng pada setiap 27 Julai di Oahu, Hawaii.

Pelawak kelahiran Johor Bahru, Johor yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu diiktiraf Datuk Bandar Oahu, Rick Blangiardi, baru-baru ini.

“Saya harap dengan pengisytiharan ini, saya boleh bertukar dari sekadar tetamu bersyukur kepada warga ohana di sini.

“Saya harap dapat menyumbang lebih daripada yang saya terima di Hawaii,” katanya menerusi ucapan pada acara itu.

Menerusi video hantarannya di Instagram, pengiktirafan itu sebagai menghargai kecemerlangannya dalam menghasilkan lawak serta hasil seni berbilang budaya.

Tidak ketinggalan, komitmennya tidak berbelah bahagi dalam menghargai keindahan, kedalaman, dan pengalaman budaya berbilang kaum.

Ronny dilaporkan menetap di Oahu yang memiliki kepadatan ketiga tertinggi di kepulauan Hawaii sewaktu menjalani penggambaran siri drama komedi Doogie Kamehāloha, M.D.

Dia menyifatkan destinasi berkenaan sebagai penempatan cukup selamat buat dia serta isterinya.

Selain mengacarakan program TV AS popular The Daily Show. Dia juga pernah membintangi filem Hollywood popular termasuk Crazy Rich Asians, Godzilla Vs Kong, Shang-Chi And The Legend Of The Five Rings, dan, Megan.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *