Kerana sering berkongsi perihal keluarganya dan komen-komen negatif diterima di media sosial, seorang individu akui berasa rimas dengan ibu Aliff Aziz.

Menerusi Instagram story, Siti Hafiza Aziz memuat naik tangkap layar mesej diberikan individu itu yang mencadangkannya untuk fokus kepada kehidupannya dengan keluarga.

Makcik, boleh tak berhenti berkata-kata. Cuba senyap dan fokus pada keluarga. Stop perli memerli. Bising dan rimas tahu tak.”

aliff aziz ibu

Bagaimanapun, Hafiza dilihat tenang membalas mesej itu dan berterima kasih atas keprihatinan wanita itu terhadapnya dan keluarga.

MasyaAllah comel betullah hamba Allah ini. Terima kasih sebab prihatin pada kami. Allahu jangan marah-marah kita hidup ni sekejap je lebih baik berkasih sayang ya nak.

dm netizen kepada ibu aliff aziz
Meh kalau kurang kasih sayang, kami sayangkan ok. Jaga diri, semoga sentiasa dalam rahmah dan baraqah Allah.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *