KUALA LUMPUR: Pelakon, Sherry Ibrahim berkongsi kebanggaan dan kegembiraannya apabila dapat menakluk puncak Gunung Kinabalu, pagi semalam.

Perkongsian itu dimuat naik Sherry di platform media sosialnya dan turut disertakan beberapa gambarnya ketika berada di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.

“Syukur Alhamdulillah, Sherry baik-baik saja dan Sherry berjaya. 6 pagi, Gunung Kinabalu 4095.2 meter. Sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan.

“Dua hari satu malam. Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia adalah ujian ketahanan, tekad dan ketabahan, mendorong saya melebihi had saya secara fizikal dan mental,” tulisnya.

Menurut Sherry, ia bukan sekadar pendakian, tetapi ruang pertemuan dengan kawan-kawan baru yang menjadi pendorong semangat.

“Berjumpa dengan kawan-kawan baru yang semuanya kuat dan hebat. Akhirnya, bukan gunung yang kita tawan tetapi diri kita sendiri, sudah tentu dengan kehendak Allah.

“Pertama dan terakhir kali ke Kinabalu. Saya tak rasa kaki saya lagi dalam perjalanan turun, jalan macam ketam!” tulisnya berseloroh.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *