Jumaat lalu, pelakon Zahirah Macwilson baru sahaja melahirkan anak kedua, hasil perkongsian hidup bersama pelakon Aiman Hakim Ridza.

Pasangan itu turut berkongsi berita gembira itu bersama peminat di Instagram di mana mereka turut memaklumkan nama anak kedua, Inara Raisa.

Terbaru, Zahirah yang kini dalam fasa berpantang ada berkongsi keadaan terkininya sejak melahirkan tiga hari yang lalu.

Dalam hantaran video pendek tersebut, Zahirah kelihatan jelita dan berseri seperti biasa.

Ia sekaligus mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-rata memuji pelakon itu yang pandai menjaga penampilan dan tubuh badan meskipun sudah beranak dua.

https://www.instagram.com/reel/C7vbGy4JTP-/?utm_source=ig_web_copy_link

Sekadar info, Zahirah Macwilson, 25, sah bergelar isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 31, dengan sekali lafaz pada 20 Februari di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.

Kedua-duanya mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 3 tahun iaitu Isaac Raees.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *