Menerusi perkongsian di TikTok semalam, Datuk Red dan isteri keduanya, Adira dilihat mesra keluar berdua untuk membeli baju raya keluarga mereka.

Shopping baju raya

Meksipun ia adalah video mempromosikan jenama Jakel namun gelagat pasangan itu meraih perhatian apatah lagi kini mereka sedang dalam proses bercerai.

Datuk Red dilihat melayani kerenah Adira yang mencari baju raya malah turut menukar beberapa persalinan sedondon sebelum membeli baju pilihan mereka.

Tak jadi cerai la ni? – Netizen

Sudah tentu perkongsian sebegitu akan mengundang pelbagai respon daripada warganet memandangkan status mereka kini yang sedang di ambang perceraian.

Ramai warganet yang akui gembira melihat pasangan itu sudah kembali mesra dan berbaik malah turut mendoakan agar mereka terus bahagia.

komen
Rata-ratanya persoal adakah kelakuan mesra Datuk Red dan Adira ini menandakan pasangan berkenaan tidak jadi bercerai dan ramai yang berharap agar pasangan ini berbaik.
Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *