Kuala Lumpur : “Sumpah, saya rasa dah bersalin minggu lalu. Selamat sampai bazar Ramadan menaiki motor, cuma nak bergegas balik ke rumah sebab dah mula rasa nak bersalin,” kata penyanyi Shila Amzah.

Menerusi perkongsian di Instagram  miliknya, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, pada mulanya dia menyangka sudah tiba masa untuk bersalin kerana mengalami kesakitan ketika menaiki motosikal ke bazar Ramadan bersama suaminya, Ubai Zulkefli.

“Setakat ini, usia kandungan saya sudah mencecah lapan bulan dan dijangka bersalin pada awal raya Aidilfitri nanti.

“Jadi, apabila usia kandungan ketika ini makin sarat membuatkan saya malas untuk berkongsi sebarang perkembangan di media sosial,” katanya.

Pada masa sama, Shila berkata, dia juga berasa gementar menanti saat kelahiran kerana dijangka akan bersalin secara normal.

“Saya teruja tetapi pada masa sama gementar kerana kali ini akan bersalin secara normal selepas pembedahan ketika bersalin anak pertama, Seth dulu. Tolong doakan saya,” katanya.

Sementara itu, Shila memberitahu dia juga masih lagi memasak juadah berbuka untuk keluarga dalam keadaan dirinya sarat mengandung ketika ini.

“Kehamilan kali ini agak tegang untuk saya. Siapa yang kata kontraksi itu tak sakit? (Masya-Allah, tiada perkataan untuk menggambarkannya)

“Namun, Ramadan ini sangat peribadi dan saya menikmati setiap detiknya bersama keluarga kecil saya,” kongsinya yang mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 4 Ogos tahun lalu. 

Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 lalu, namun berakhir dengan penceraian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais kini berusia lima tahun.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *